Home > belajar gitar > Kisah aku belajar main gitar

Kisah aku belajar main gitar

Kisahnya….

Saya bermula berjinak dalam permainan gitar sejak di sekolah menengah. Minat untuk belajar main gitar apabilah saya melihat kawan saya bermain gitar sambil menyanyi lagu “pergilah sayang” Ella dan korie. Selalu main lagu tu di asrama sekolah saya (memang syok layan time malam hehe). Lebih-lebih lagi awek saya masa tu minat sangat dengan lelaki yang pandai main gitar. Katanya lelaki yang pandai main gitar ni nampak cool. Bagi saya kalau perempuan yang main gitar lagi nampak cool dan cute kan?πŸ™‚. Di atas sebab-sebab yang kukuh (kukuh la sangat hehe) akhirnya saya buat keputusan belajar main gitar dengan kawan saya. Sempat juga la belajar beberapa lagu dan kord sebelum habis sekolah.

Sekarang saya melanjutkan pelajaran di salah sebuah ipta di shah alam. Masa tu lagu dari band indonesia tengah hangat. Terbit di dalam hati nak membeli gitar sendiri. Maklumlah time tu dah dapat duit pinjaman ptptn hehe. Sebelum ni guna gitar kawan sekolah je. Hari tu beli hari tu juga saya try. saya cuba dendangkan lagu yang saya tahu tetapi bunyi gitar tu lain macam aje. Rupa-rupanya tune lari. Alahai saya tak tahu nak tune gitar and lagu-lagu indon ni pulak banyak guna kord yang saya tak tahu. So saya cuba belajar sendiri. Caranya saya belajar melalui internet. Saya lah orang pertama yang membawa gitar ke cyber cafe sampai saya dapat gelaran baru oleh kawan2 saya. ‘Hantu Gitar’huhu. Banyak juga saya belajar dari internet. Tips, kord, strumming, scaling. Dan akhirnya saya tak tahu main gitar juga huhu. Mungkin saya pening dan keliru kerana terlalu banyak sangat tips dan cara bermain gitar yang saya belajar di internet. Cara ini gagal. Cara kedua pula saya membeli buku panduan dan kord gitar di kedai buku. Hasilnya saya gagal juga huhu. Susah juga nak belajar gitar ni rupanya. So saya dah give up and gitar tu tersadai di belakang pintu bilik saya sampai berhabuk. Satu talinya sudah terputus di kerjakan kawan sebilik saya yang kononnya ‘pandai main gitar’.

Segalanya berubah. Semasa saya sedang menyiapkan assignment tiba-tiba terdetik di hati untuk memulakan bermain gitar. Cuti semester dah dekat. So if boring-boring boleh la main gitar daripada asik keluar tengok wayang dan perabis duit hehe. Saya mulakan carian panduan belajar gitar di pakcik google dan saya terjumpa website belajargitar.com

Sungguh tertarik. Panduan gitar ni lengkap dari mengajar cara main gitar, asas kord gitar sehingga cara-cara tune gitar dengan betul. Anda boleh ke laman web belajargitar.com (klik sini) untuk maklumat lanjut. Saya pun terkejut dalam masa yang singkat saya dah dapat kuasai bermain gitar. Sekarang saya dah boleh main banyak lagu indon hehe. Terima kasih kepada panduan gitar ni.πŸ™‚

  1. No comments yet.
  1. No trackbacks yet.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: