Home > percuma atau berbayar > Belajar Main Gitar Percuma VS Berbayar

Belajar Main Gitar Percuma VS Berbayar

free or paid

Seperti yang kita ketahui dalam proses belajar main gitar ada dua cara iaitu secara percuma atau pun berbayar. Apakah pilihan anda? Biar saya teka. Kebanyakkan anda yang membaca artikel ini akan memilih pembelajaran percuma sebab semua orang suka barang percuma. Betul tak? Sebelum anda memilih percuma atau berbayar mari kita lihat apa yang anda perlu tahu untuk belajar main gitar.

Perkara-perkara yang perlu untuk bermain gitar:

  1. Mempunyai sebuah gitar
  2. Tahu membaca kord gitar
  3. Tahu menggunakan kord asas (open chords)
  4. Tahu menggunakan power chords
  5. Teknik strumming dan scaling
  6. Cara tune gitar

Enam perkara di atas adalah asas untuk bermain gitar. Banyak bukan? Jika anda dapat menguasainya saya yakin dan pasti anda boleh bermain gitar dengan cemerlang, gemilang dan terbilang🙂.  Selepas ini, jom kita lihat kelebihan dan kelemahan belajar main gitar secara percuma dan berbayar.

Belajar Secara Percuma

Kelebihan: Tidak dapat dinafikan kelebihannya adalah percuma atau anda hanya mengeluarkan kos yang amat sedikit. Biasanya anda akan menggunakan internet untuk mencari maklumat mengenai cara bermain gitar.

Kelemahan: Memakan masa yang lama dan susah. Cara ini anda akan menggunakan konsep try and error. Pasti anda akan melakukan kesilapan yang banyak. Selalunya bagi mereka yang ingin belajar dengan cepat pasti akan kecundang dan mengalah.

Belajar Secara Berbayar

Kelebihan: Mudah dan cepat. Melalui panduan yang di berikan anda tidak perlu menggunakan konsep try and error. Ianya straight to the point. Anda juga dapat mengurangkan kesalahan yang sering di lakukan oleh orang baru dalam permainan gitar.

Kelemahan: Kos yang perlu dikeluarkan adalah yang utama.Ada dua kategori, yang pertama mengikuti kelas muzik yang mengenakan bayaran bulanan berharga ratusan ringgit. Kedua, membeli buku panduan belajar main gitar berharga beberapa ringgit sahaja.

Tetapi, kebanyakkan buku panduan hanya mengandungi kord-kord gitar asas sahaja. Masih ingat lagi enam perkara asas yang anda perlu tahu untuk menguasai gitar? Terdapat sebuah panduan yang merangkumi enam perkara asas tersebut. Anda boleh dapatkan di sini (klik sini).

Semasa saya baru mula belajar main gitar, saya menggunakan kaedah percuma dan try and error. Ternyata ianya susah. Saya hampir putus asa. Akhirnya saya membuat keputusan mengeluarkan sedikit modal untuk membeli panduan belajar main gitar di internet. Ternyata pelaburan saya tidak sia-sia. Saya berjaya menguasai permainan gitar dengan mudah dan cepat. Sehingga sekarang saya dapat bermain gitar dengan baik tanpa melihat buku kord gitar.

Akhir sekali, dengan penerangan kelebihan dan kelemahan belajar main gitar secara percuma vs berbayar, dapatlah anda membuat pilihan yang tepat dan sesuai untuk anda. Semoga anda berjaya dalam permainan gitar. Wassalam.

  1. No comments yet.
  1. No trackbacks yet.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: