Home > belajar gitar > Belajar Main Gitar Dalam Masa Singkat?

Belajar Main Gitar Dalam Masa Singkat?

belajar main gitarBelajar main gitar bukan sesuatu perkara yang mudah untuk orang baru yang tidak pernah menyentuh sebuah gitar.Adayang sudah berputus asa walau pun sudah berbulan-bulan mempelajarinya. Berita gembira untuk semua kerana mimpi buruk anda semua akan berakhir disini. Saya akan dedahkan bagaimana anda dapat belajar main gitar dalam masa yang singkat dan mahir.

Mengisi masa lapang dengan belajar gitar sesuatu yang baik dan berfaedah. Biarlah anda berumur belasan tahun, 20an mahupun 40an bukanlah menjadi penghalang utama. Apa yang anda perlu adalah panduan yang betul dan minat yang mendalam. Terdapat ratusan panduan belajar gitar di kedai buku dan internet. Hanya satu panduan sahaja yang saya yakin dapat membantu anda mahir dalam masa yang singkat!

Panduan Belajar Gitar Review

belajar gitarPanduan cara belajar main gitar ini dihasilkan oleh saudara Nuruddeen, seorang yang berpengalaman luas dalam bidang gitar. Di reka khas untuk orang baru/newbie yang ingin menguasai cara bermain gitar akustik mahu pun elektrik. Di tulis di dalam Bahasa Malaysia/Melayu supaya lebih mudah di fahami. Kandungan panduan ini pula di susun mengikut tertib langkah demi langkah dari asas sehingga ke tahap tinggi, tidak terlalu ringkas dan tidak pula terlalu padat dan straitgh to the point menjadikan panduan cara belajar main gitar ini mesra pengguna.

Dikeluarkan dalam bentuk digital atau lebih dikenali sebagai ebook memudahkan anda mempraktikkan tidak kira waktu atau tempat mengikut keselesaan anda. Ia dihasilkan dalam bentuk pdf file, anda hanya memerlukan perisian/software adobe reader di dalam komputer anda yang boleh di dapati secara percuma.

Terbahagi kepada dua bahagian penting menjadikan panduan gitar ini lebih mudah di praktikkan. Dua bahagian tersebut adalah :

1. Asas Bermain Gitar

asas bermain gitar

Di bahagian pertama anda akan didedahkan teknik bermain gitar dengan betul seperti cara pegangan yang betul, Asas chord gitar, latihan tubi untuk meningkatkan kepantasan jari, kenal pasti kesalahan utama permainan gitar dan banyak lagi. Di susun secara langkah demi langkah bersertakan gambar ‘live’ beresolusi tinggi dan di tulis dengan cara yang paling mudah di fahami tanpa anda perlu tahu aspek teknikal yang boleh membingungkan anda. Ini lah antara rahsia mahir bermain gitar dengan cepat.

2. Asas Tune Gitar

asas tune gitar

Kemahiran tune gitar adalah sangat asas dan perlu ada bagi seseorang pemain gitar pro dan baru. Kesalahan tune gitar boleh menghasilkan bunyi yang salah dan kurang enak di dengar. Panduan ini akan mendedahkan teknik yang betul untuk men’tune’ gitar tanpa menggunakan alat bantuan tambahan. Ia wajib di miliki supaya gitar anda sentiasa berada di bunyi yang betul.

Kos untuk pakej panduan belajar gitar ini hanya RM40 sahaja. Bagi saya ianya amat berbaloi daripada mengambil kelas muzik yang mengenakan yuran bulanan berharga ratusan ringgit. Ianya menjimatkan masa kerana anda didedahkan teknik-teknik yang betul dan straight to the point berbanding jika anda belajar main gitar secara bersendirian atau try and error yang mungkin mengambil masa berbulan-bulan.

klik sini untuk ke laman panduan belajar gitar

Kelebihan Panduan Belajar Gitar

thumb up

Semenjak perlancaran, panduan belajar main gitar ini telah menerima pelbagai testimoni-testimoni yang baik. Rata-rata testimoni yang di terima adalah ‘dapat bermain dengan baik dalam masa dua minggu’. Salah satu testimoni yang di terima adalah daripada artis terkenal iaitu Zarul (Vokalis Kumpulan Umbrella). Antara kelebihannya adalah:

1. Di hasilkan dalam bentuk ebook atau digital memudahkan anda membawa ke mana sahaja. Anda boleh menyimpannya di dalam pendrive atau komputer anda.

2. Di susun secara teratur langkah demi langkah dari peringkat pemula hingga ke tahap tinggi dan berserta teknik-teknik yang mudah untuk mengurangkan kesalahan semasa bermain gitar.

3. Harga yang berpatutan berbanding anda mengambil kelas muzik yang mencecah ratusan ringgit.

4. Panduan belajar gitar disertakan hak ‘Jaminan Wang Dikembalikan’, bermakna jika anda tidak dapat memahirkan permainan gitar selepas mencuba semua teknik di dalam panduan gitar ini, wang anda akan dikembalikan.

Kelemahan Panduan Belajar Gitar

Saya percaya tiada produk yang sempurna dan dapat memuaskan hati semua pihak kerana hati manusia berbeza-beza. Panduan belajar gitar juga tidak dapat lari daripada kelemahan kecil yang tidak disengajakan. Saya sertakan kelemahan dan penyelesaian sekali untuk memudahkan anda.

1. Kesukaran membaca melalui skrin komputer antara faktor kelemahan utama kerana panduan belajar gitar berbentuk ebook dan hanya boleh dibuka melalui komputer. Penyelesaiannya adalah anda boleh print out panduan ini dan menggunakannya seperti buku biasa.

2. Mungkin anda akan mengalami kesukaran atau tidak dapat memahami sesuatu yang terdapat di dalam panduan belajar gitar. Jangan risau! Saudara Nuruddeen sedia membantu. Anda boleh menghubungi beliau melalui email, telefon atau facebook. Beliau akan menyelesaikan kesukaran anda sehingga anda betul-betul mahir bermain gitar. Bantuan ini diberikan secara percuma khas untuk pelanggan panduan belajar gitar.

Bagaimana Untuk Mendapatkan Panduan Belajar Gitar

shake handOleh kerana panduan belajar main gitar ini merupakan sebuah produk digital/ebook, ianya tidak boleh didapati di kedai buku. Panduan ini hanya boleh di dapati secara online. Caranya adalah anda pergi ke laman web panduan belajar gitar. Kemudian klik pada butang ‘beli sekarang’ yang terdapat di bahagian bawah sekali. Terdapat 2 langkah proses pembelian yang perlu anda lakukan.

Langkah 1 ialah membuat pembayaran secara perbankan internet atau ATM Deposit melalui Maybank atau CIMB Bank.

Langkah 2 ialah selepas selesai melakukan pembayaran seperti langkah 1 anda di kehendaki mengisi butiran anda seperti nama, alamat email, kaedah bayaran dan bukti pembayaran dengan cermat.

Selepas pengesahan dari pihak admin anda akan diberikan link download melalui email anda dan boleh terus menggunakan panduan belajar main gitar ini. Anda tidak perlu risau kerana proses ini 100% selamat. Lebih 900 unit telah terjual dan tiada seorang pun yang tidak menerima panduan belajar main gitar.

Kesimpulan Panduan Belajar Gitar

Panduan ini amat sesuai untuk orang baru/newbie kerana ia di tulis dalam bahasa yang mudah difahami tanpa anda perlu tahu bahasa teknikal gitar yang mungkin boleh memeningkan anda. Ia juga sesuai untuk pemain gitar yang sudah pro kerana panduan belajar main gitar mengandungi kaedah latihan tubi jari dimana ianya dapat meningkatkan kepantasan jari anda sehingga dua kali ganda.

Akhir kata, kemahiran bermain gitar adalah kemahiran yang diidam-idamkan oleh setiap orang kerana ianya dapat menghiburkan hati anda mahu pun orang di sekeliling anda. Selepas memiliki panduan belajar main gitar ini, boleh lah anda memainkan lagu-lagu kegemaran anda. Oh Ya! Jangan lupa merakam video nyanyian anda dan upload ke youtube. Mana lah tahu anda mungkin akan di lamar oleh syarikat rakaman untuk menjadi artis mereka. Saya sentiasa mendoakan kejayaan anda. Jumpa Lagi!

bermain gitar

P/S : Bagi anda yang berminat untuk memiliki panduan ini, nasihat saya jangan tunggu lama-lama kerana saya dengar harga untuk sebuah panduan belajar main gitar ini akan dinaikkan daripada RM40 ke RM50.  Jadi, dapatkan segera!

P/P/S: Jika anda ada sebarang persoalan dan kesulitan, sila ajukan di ruang komen.

Categories: belajar gitar Tags:
  1. No comments yet.
  1. No trackbacks yet.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: